DIALAH SAHABAT SEJATI

  KETIKA KAU SEDANG MURUNG DALAM KESEDIHAN,
DIA DATANG MEMBAWA KECERIAAN.
KETIKA KAU TERTEKAN DALAM KESIBUKAN,
DIA DATANG MENGHULURKAN BANTUAN.
KATIKA KAU DALAM KEADAAN MARAH,
DIA HADIR AGAR ENGKAU TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG SALAH.
KETIKA KAU DALAM PENUH KEGEMBIRAAN,
KEDATANGANNYA MENJADIKAN SUASANA BERTAMBAH TENANG DAN AMAN.
KERANA DIALAH SAHABAT SEJATI,
YANG SENTIASA KEKAL DI HATI.



BILA KITA BERTEMAN

KITA BERTEMAN,
BUKAN SEBARANG MAINAN,
BILA BERTEMAN,
JANGAN JADIKAN DIA SEBAGAI SAINGAN,
NAMUN,CUBALAH UNTUK MENERIMANYA DALAM MENERUSKAN PERJUANGAN,
BILA BERTEMAN,
JANGAN JADIKAN DIA MAKANAN,
SILAP-SILAP TERMAKAN,
NANTI JADILAH TEMAN MAKAN TEMAN,
KALAU SUDAH BERTEMAN,
ERATKAN IKATAN,
AGAR SEGALA DUGAAN,
DIHARUNGI AMAN,
AGAR SEBUAH PERSAHABATAN,
TERUS BERKEKALAN,
HINGGA KE AKHIR ZAMAN.




MEMORI SATU PERSAHABATAN

TEMAN,
INGATKAH KAU SAAT ITU,
KITA DICERCA,
KITA DIBENCI,
NAMUN KITA TETAP TABAH,
KITA TETAP GAGAH,
WALAUPUN HATI KITA TETAP BERDARAH,
MENGHADAPI HARI ESOK,
MUNGKIN MENDUNG,
MUNGKIN CERAH,
TEMAN,
INGATKAH KAU KEPADA MEREKA,
TATKALA KITA TERSUNGKUR DI KOLAM DUKA,
MEREKA TERSENYUM DAN KETAWA,
MEREKA MAHU MELIHAT KITA BERPECAH,
MEREKA MAHU MELIHAT KITA BERTENGKAR,
INILAH KETEGUHAN PERSAHABATAN KITA,
TAPI TEMAN,
MENGAPA KINI KAU BERUBAH,
DETIK KEHANCURAN MENCELAH KINI,
AKU DITINGGALKAN BAGAIKAN PESALAH,
BEBASKAN AKU DARI BELENGGU KEDINGINANMU,
TEMAN,
ANDAI KATA-KATA KU MENGGURIS NALURIMU,
MAAFKANLAH KESILAPANKU,
MUNGKIN TIDAK KUSEDARI KETERLANJURANKU,
AKU MERAYU PADAMU TEMAN,
KEMBALILAH SEPERTI DAHULU,
AKU RINDU PADA KEBAHAGIAAN,
PERSAHABATAN KITA YANG ABADI



BICARA KATA DALAM BERSAHABAT

kata mak,
;kawan itu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang...
kata abah, 
kawan itu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit...
kata atuk, 
kawan tu seperti air.. 
terus mengalir.... 
kata nenek, 
kawan itu bak bulan disanjung,dipuja.. 
tapi,nun jauh disana.... 
kata abang, 
kawan itu macam makanan.. 
kawan makan kawan!!! 
kata adik, 
kawan tu macam biskut... 
sekejap ada sekejap tak ada!!!
kataku,
kawan itu tidak kisahlah camner... walaupun dia...AIR,BULAN, BISKUT.. ..Dia tetap kawan...Sebab apa?? ..Sekali ku kawan, selamanya dihatiku...



Bila Langkahmu Pergi

ADAKAH KAU MASIH INGATI,
AKAN LANGKAHMU YANG SELAMA INI DIJALANI,
BERTEMANKAN AKU DISISI,
KETIKA KAU TERDIAM SUNYI,
AKU HADIR UNTUK MEWARNAI,
AKANKU HARGAI PERSAHABATAN INI,
HINGGALAH NAFASKU BERHENTI,
NAMUN PABILA LANGKAH MU PERGI,
AKU DISI SENDIRIAN SEPI,
NAMUN KEHADIRAN MU TETAP KU NANTI,
KERANA ENGKAULAH SAHABAT SEJATI.